//Haziq.Nuh★


kenapa aku suka muslimah yang bertudung labuh..:D
Isnin, 4 Februari 2013 | 3:43 PTG | 1 Words
Assalamualaikum and hye readers!!today,aku mau share tentang tajuk yang aku bagi tu..mana??cari lah sendiri..hahaha.

ouh2..sebelum tu,mau cakap tq dulu sama c Zuliana sebab tolong renovate blog aku yang sekian lama terbiar..huhu..thanks ahh Ana sebab tolong..haih~risau aku sebab lewat dia tidur semata2 mau menyiapkan blog nie.takut jak aku dia  sakit sebab tidur lewat..then,waktu bangun subuh baru aku teperasan yang blog nie suda siap...serius,memang cantik.. :')


ok..balik kat tajuk tu,kenapa aku suka wanita yang bertudung labuh??Waaaaa..tajuk pun suda macam sakit hati kan..kalau nd mau baca sana tu butang X..haha


Firstly,bila aku pandang muslimah yang bertudung labuh,hati aku rasa tenang and sejuk..bagai ada satu aura yang hadir bila aku melihat muslimah2 sebegini..maybe dengan berpakaian begitu aku berpendapat,mereka nie sukar untuk diganggu oleh lelaki2 yang suka mengurat wanita..kenapa??ehmm..sebab lelaki yang mau mengurat tu takut kena bagi ceramah..mcamana aku bole tau??sebab aku pun lelaki..mesti lah aku tau..hehehe

ehm..yang keduanya.Statistik menunjukkan bahawa wanita yang selalu menjadi permainan lelaki adalah wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna..percaya atau tidak dengan statistik ni??hakikatnya dari apa yang aku lihat sendiri,Ya.memang betul..ramai lelaki just ambil kesempatan keatas perempuan yang tidak menutup auratnya dengan sempurna..bukan lah maksud aku untuk menyinggung perasaan para readers yang tidak bertudung labuh..tapi berhati-hati lah dengan mereka2 yang sedemikian rupa..


okey,seterusnya..kadang2,bila muslimah yang ingin berubah untuk jadi insan solehah,macam2 ujian yang akan dihadapi nya..antara nya dapat kutukan dari kawan rapat..yang nie memang biasa terjadi..so,korang nd payalah mau sakit hati kat dorang nie..actually,dorang sebenarnya dengki atas perubahan yang korang buat..tu lah dorang macam tu..just senyum and and berdoa agar mereka juga di beri hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna..


ehh2..macam lari tajuk suda ni kan.biar la.blog aku juga.haha..panjang ka??ehmm..actually.aku nie langsung nd pernah menulis blog..haha..yang nie first time.. ;P..huhu..ehm..aku bagi sikit tips lah untuk menutup aurat dengan sempurna and pakai tudung labuh..




tips nie dari sumber akuislam.com,boleh tengok kat link nie---> http://akuislam.com/blog/doa/tips-tudung-labuh/#axzz2JyXurorc
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

ehm..tu jak lah yang dapat aku kongsi tuk kali nie..inshaAllah ada masa aku update bab yang lain pula..syukran jazilan sebab sudi lawat blog nie..moga Allah memberkati kamu semua. :) .Assalamualaikum..


| -New-